Assalammualaikum kepada umat-umat islam yang sedang membaca blog saya dan selamat sejahtera kepada yang bukan islam juga.Hari ini,9 November 2012 ialah hari terakhir saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan.Saya ingin berkongsi cerita kepada anda tentang pengalaman sewaktu di sekolah pagi tadi.
Bermula pada pukul 7:20 pagi,saya meletakkan beg sekolah di kelas apabila selesai sahaja menulis kedatangan di hadapan bilik panitia guru-guru.Hari ini saya ditugaskan untuk meronda tingkat tiga bersama kumpulan darjah enam.Sewaktu itu,saya juga sempat menyapu sampah di kelas.Pada jam 7:30 pagi,kelihatan kelas saya sedang menuju ke arah saya yang berada di dalam kelas.Saya berasa sungguh teruja kerana tidak sabar untuk bermain gitar kepunyaan kawan saya,Mia.
Selesai sahaja memberi salam kepada guru yang menggantikan kelas kami,saya terus meminta izin dari Mia untuk bermain gitar kepunyaannya.Alhamdullillah dia mengizinkan.Saya mula bermain gitar bersama kawan baik saya yang pertama,Rabiatul.Selepas itu,kami mendapat pengumuman dari guru besar untuk turun ke dewan kerana berlangsungnya perhimpunan terakhir kami.
Di dewan,kami mendengar amanat daripada guru besar dan guru-guru yang lain.Kami juga dapat menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan bakat yang berlangsung pada hari Sabtu minggu lepas dan persembahan dari kelas 5 Dinamik.Pada pukul 10 pagi,murid-murid tahap satu mula berehat hingga jam 10:25 pagi.Jam sudah menunjukkan pukul 7:35 pagi.Murid tahap dua dikehendaki rehat di kantin.
Seperti selalu,saya akan berehat bersama geng saya yang kini sudah menurun bilangan ahilinya kepada 6 orang.Kami berasa sunyi pabila ketiadaan kawan kami,Syasya.Dia selalu sahaja menghiburkan hati kami pabila kami berasa sunyi :( Saya dan kawan-kawan yang lain mula mencarinya tapi tidak diketemui.Selepas makan,kami diminta untuk terus naik ke kelas kerana terdapat pengagihan buku untuk tahun hadapan.Selapas pengagihan buku telah dibuat,saya mendapat maklumat bahawa semua pengawas sekolah harus turun ke pintu hadapan untuk mengawal kebisingan murid sewaktu balik.
Maklumlah,hari ini ialah hari terakhir kami bersekolah di sini.Saya bersama kawan-kawan yang lain,Mia,Sherena,Maathavan,Ikhwan,Amier dan lain-lain lagi dusurh oleh guru disiplin untuk bertugas di pintu belakang,gate C.Loceng sudah berbunyi,ramai murid yang berjalan keluar dengan berdisiplin di sana.Kami bertugas di sana selama 20 minit.Apabila selesai,saya diminta oleh Mia untuk menemaninya mengambil barang yang tertinggal di dalam kelas.
Saya pun menemaninya untuk naik ke kelas mengambil barangnya.Selepas itu,saya dan Mia berlari ke arah bas kami dan menaikinya dengan cepat.Keadaan dalam bas mula sesak kerana ramai orang yang berbadan besar.Sewaktu di dalam bas,saya terlupa untuk mengambil botol air di sekolah.Saya berasa sungguh kecewa :'( Tapi tidak mengapa kerana ibu tidak memarahi saya.
Saya berasa tidak sabar untuk menghadiri MAC esok pagi.Saya wajib datang ke sekolah pada pukul 7:30 pagi.Sampai di sini sajalah yang dapat saya ceritakan buat hari ini.Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat perkataan negatif yang tertulis di blog saya ini.Semoga dapat bertemu di hari-hari yang berikutnya,Bye! ;)
Assalamualaikum...! Lama tak tulis ni. Rajin-rajin la tulis...sekurang-kurangnya 1 artikel seminggu. Takut nanti bila lama sangat berhenti tu nanti hilang semangat dan gaya penulisan. Practise makes perfect......
ReplyDelete