Assalammualaikum kepada umat-umat islam yang sedang membaca blog saya dan selamat sejahtera kepada yang bukan islam juga.Hari ini,9 November 2012 ialah hari terakhir saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan.Saya ingin berkongsi cerita kepada anda tentang pengalaman sewaktu di sekolah pagi tadi.
Bermula pada pukul 7:20 pagi,saya meletakkan beg sekolah di kelas apabila selesai sahaja menulis kedatangan di hadapan bilik panitia guru-guru.Hari ini saya ditugaskan untuk meronda tingkat tiga bersama kumpulan darjah enam.Sewaktu itu,saya juga sempat menyapu sampah di kelas.Pada jam 7:30 pagi,kelihatan kelas saya sedang menuju ke arah saya yang berada di dalam kelas.Saya berasa sungguh teruja kerana tidak sabar untuk bermain gitar kepunyaan kawan saya,Mia.
Selesai sahaja memberi salam kepada guru yang menggantikan kelas kami,saya terus meminta izin dari Mia untuk bermain gitar kepunyaannya.Alhamdullillah dia mengizinkan.Saya mula bermain gitar bersama kawan baik saya yang pertama,Rabiatul.Selepas itu,kami mendapat pengumuman dari guru besar untuk turun ke dewan kerana berlangsungnya perhimpunan terakhir kami.
Di dewan,kami mendengar amanat daripada guru besar dan guru-guru yang lain.Kami juga dapat menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan bakat yang berlangsung pada hari Sabtu minggu lepas dan persembahan dari kelas 5 Dinamik.Pada pukul 10 pagi,murid-murid tahap satu mula berehat hingga jam 10:25 pagi.Jam sudah menunjukkan pukul 7:35 pagi.Murid tahap dua dikehendaki rehat di kantin.
Seperti selalu,saya akan berehat bersama geng saya yang kini sudah menurun bilangan ahilinya kepada 6 orang.Kami berasa sunyi pabila ketiadaan kawan kami,Syasya.Dia selalu sahaja menghiburkan hati kami pabila kami berasa sunyi :( Saya dan kawan-kawan yang lain mula mencarinya tapi tidak diketemui.Selepas makan,kami diminta untuk terus naik ke kelas kerana terdapat pengagihan buku untuk tahun hadapan.Selapas pengagihan buku telah dibuat,saya mendapat maklumat bahawa semua pengawas sekolah harus turun ke pintu hadapan untuk mengawal kebisingan murid sewaktu balik.
Maklumlah,hari ini ialah hari terakhir kami bersekolah di sini.Saya bersama kawan-kawan yang lain,Mia,Sherena,Maathavan,Ikhwan,Amier dan lain-lain lagi dusurh oleh guru disiplin untuk bertugas di pintu belakang,gate C.Loceng sudah berbunyi,ramai murid yang berjalan keluar dengan berdisiplin di sana.Kami bertugas di sana selama 20 minit.Apabila selesai,saya diminta oleh Mia untuk menemaninya mengambil barang yang tertinggal di dalam kelas.
Saya pun menemaninya untuk naik ke kelas mengambil barangnya.Selepas itu,saya dan Mia berlari ke arah bas kami dan menaikinya dengan cepat.Keadaan dalam bas mula sesak kerana ramai orang yang berbadan besar.Sewaktu di dalam bas,saya terlupa untuk mengambil botol air di sekolah.Saya berasa sungguh kecewa :'( Tapi tidak mengapa kerana ibu tidak memarahi saya.
Saya berasa tidak sabar untuk menghadiri MAC esok pagi.Saya wajib datang ke sekolah pada pukul 7:30 pagi.Sampai di sini sajalah yang dapat saya ceritakan buat hari ini.Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat perkataan negatif yang tertulis di blog saya ini.Semoga dapat bertemu di hari-hari yang berikutnya,Bye! ;)
Friday, 9 November 2012
Thursday, 8 November 2012
Happy Birthday,My Friend!
Assalammualaikum kepada umat-umat islam yang sedang membaca blog saya ini dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada yang bukan islam.Hari ini,8 November 2012 ialah hari lahir kawan baik saya yang kedua,Nur Sarah Jasmine dan hari ini,saya akan bercerita tentang pengalaman saya semasa berada di sekolah tadi.Saya harap anda semua 'enjoy' ;)
Saya melangkah masuk ke kelas dan meletakkan beg sekolah di atas meja kerana kerusi kelas belum diambil lagi.Saya menuruni tangga dan terlihat dua kawan saya,Elora dan Siti Hajar sedang meronda di tingkat bawah.Hari ini,saya ditugaskan untuk menjaga tamik pada waktu balik.Pagi itu,saya tidak tahu apa yang saya harus.Tiba-tiba pula,saya berasa malas hendak menjaga murid di dewan.Dengan serta-merta,saya pun mengikut mereka untuk meronda di tingkat bawah.Selesai sahaja meronda,saya pegi ke dewan untuk membuat raptai Majlis Anugerah Cemerlang (M.A.C).Saya berasa letih.
Sewaktu berbaris,kawan saya yang bernama Ilham Irdina disuruh oleh seorang guru untuk mencari murid yang menyertai pasukan 'Paddle Pop'.Lebih teruk lagi,dia menyuruh saya untuk menemaninya pergi mencari ahli pasukan itu.Mujurlah kami kenal ahli pasukan itu,Fatehah,Ain,Rashiqah dan Rose.Malangnya kawan saya yang bernama Rose sudah pindah ke Terengganu dan Rashiqah pula tidak hadir.Sebernarnya,jika anda mengenali blog yang dimiliki oleh Rashiqah Rashdan,dia adalah kawan saya dan dialah yang mengajak saya untuk membuat blog ini.TERIMA KASIH,RASHIQAH!.Saya harap dia dapat membaca blog saya ini.
Saya sambung.Kami pun memanggil mereka untuk turun ke bawah.Penat sungguh berlari ulang-alik menaiki dan menuruni tangga.Kalaulah di sekolah saya mempunyai lif,kami tidak akan langsung merungut tentang hal ini setiap hari.Selepas itu,kami pun duduk di barisan kami masing-masing.Seperti semalam,kami terpaksa menunggu raptai ini tamat dan bermain batu seremban sementara menunggu.Selepas raptai habis,kami harus mendengar taklimat dari guru.Saya berasa tidak sabar untuk berehat kerana waktu itu,perut saya sedang bergeroncang sehingga mengeluarkan bunyi.
Seperti tahun-tahun lepas,saya akan makan bersama geng saya yang terdiri kepada 7 orang ahli.Saya tidak menyangka bahawa ramai sungguh geng saya.Kami menikmati makanan kami yang dibeli di kantin.Selepas menjamu selera,kawan baik saya,Nur Sarah Jasmine meenghidangkan kami dengan sepotong kek yang dipanggil 'Death Chocolate Cake'."Wah,seperti jamuan di raja,saja" kata saya kepada kawan-kawan.Sarah memanggil kek itu sebagai nama 'Death Chocolate Cake' kerana katanya,kita harus makan kek itu dengan lambat.
Jika tidak,kek itu akan tersangkut pada tekak kita.Logikkah?.Saya pun tidak tahu sama ada benar atau tidak.Tanpa melengahkan masa,kami terus menjamah kek yang berperisa coklat and kopi itu.Dalam pukul 11 pagi,kami terus naik ke kelas.Oh! Nasib baik saya tidak lupa untuk memberitahu tentang keputusan peperiksaan akhir tahun saya.Saya mendapat nombor 7 dalam kelas dan aliran.Peratus saya ialah 83.2%.Syukur alhamdullillah.
Di kelas,saya membuka beg saya dan mengeluarkan hadiah harijadi kawan baik saya.Saya menghadiahkannya sebuah 'handphone hanger'.Dia kelihatan sungguh gembira lalu memeluk saya.Saya rasa terkejut pabila melihat reaksinya.Dia mengucapkan terima kasih pada saya.Pada pukul 12:30,kelas saya diminta untuk turun ke dewan untuk pengagihan kelas.Saya berdebar-debar ketika itu.Saya harap saya dapat masuk ke kelas 6 Intelek tahun depan ( kelas pertama ).Akhirnya,saya dapat masuk ke kelas 6 Intelek bersama kawan-kawan baik saya.Alhamdullillah :)
Selepas itu,kami masuk ke kelas kami balik kerana kami tidak boleh pergi ke kelas 6 Intelek terus sebab tahun 6 masih berada di sekolah -,- Sementara menunggu ustazah masuk ke kelas,saya sempat mendengarkan lagu yang dimain oleh kawan saya,Nadzim dan Amier.Mereka bermain gitar manakala saya menyanyi lagu Ainan Tasneem ( Aku Suka Dia ).Sungguh seronok!.Sewaktu ustazah masuk ke kelas,beliau menyuruh kami untuk pergi ke bilik J-Qaf untuk sesi tasmik.
Kami membaca surah Yassin.Kami tidak sempat menghabiskannya kerana dimarahi oleh ustazah sebab bermain ketika membaca surah Yassin.Ini semua angkara budak lelaki yang sibuk bercakap tanpa henti.
Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.Saya pun balik menaiki bas.Saya berasa letih sehingga terlupa bahawa saya harus bertugas di tamik.Saya harap bahawa guru pengawas tidak tahu pasal hal ini.
Sampai sini sajalah dapat saya berkongsi pada hari ini.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya.Saya memohon maaf jika terdapat perkataan-perkataan yang mengecilkan hati.Bye! Semoga dapat berjumpa lagi :)

Wednesday, 7 November 2012
My Second Day ;)
Assalammualaikum kepada umat-umat islam dan selamat pagi/tengahari/petang/malam kepada yang bukan islam :).Seperti 6 November 2012,saya akan menyambung kisah-kisah kehidupan saya pada 7 November 2012.Terima kasih kepada pembaca-pembaca blog saya dan jika terdapat kata-kata yang tidak sepatutnya saya taip sila 'comment'.
Hari ini saya bangun pagi agak lambat sedikit kerana tidur pada pukul 10:05 malam.Selepas mengemas katil yang berselerak,saya melihat pada jam dinding di rumah yang menunujukkan pukul 6:10."Alamak!Dah lewat!"kata saya.Adakah anda tertanya-tanya kenapa saya menggangap jam 6:10 ialah lewat sedangkan ia adalah masa yang terawal bagi anda?Jika anda mahu jawapannya,anda harus membaca blog saya sehingga habis ;).Saya sambung.Saya berlari ke arah pintu bilik air sambil memegang tuala mandi.
Setelah mandi,saya turun bersarapan di meja makan seorang diri kerana ibu sibuk menguruskan adik manakala ayah masih tidur lagi kerana pulang ke rumah lewat malam.Habis sahaja menguruskan diri,saya menolong ibu untuk menjaga adik kembar kesayangan saya sementara menunggu ibu selesai mandi.Beberapa minit kemudian,saya disuruh oleh ibu untuk menghidupkan enjin kereta dahulu.Selepas itu barulah kami pergi ke taska untuk menghantar adik.Ayah tidak ikut bersama kami kerana beliau demam :(.Jadi ibulah yang memandu kereta.
Saya berasa berat hati untuk meninggalkan adik bersendirian di taska.Tapi walaubagaimanapun,mereka harus diajar dari kecil untuk berdikari sebelum masuk ke tadika.Saya sempat lagi mendengar tangisan adik sewaktu masuk ke dalam kereta.'Apa nak buat,dah memang begitu setiap hari' kata saya sendiri.Selepas itu,barulah ibu menghantar saya ke sekolah dan tiba di sana pada pukul 7:27 pagi.Hampir lewat saya dibuatnya tetapi saya tetap berasa tenang ketika berjalan menuju ke bilik panitia guru-guru untuk mengisi kedatangan.
Beberapa minit kemudian,saya turun ke dewan seperti hari-hari biasa dengan membawa botol air kerana disuruh oleh guru semalam ketika raptai Anugerah Cemerlang.Selepas pengumuman disampaikan,saya dan rakan-rakan yang mengambil peperiksaan luar negara diminta tunggu di dewan.Tidak dapatlah saya bermain permainan 'saidina'yang dibawa oleh kawan saya,Mia.Di dewan,saya diberi sijil peperiksaan luar negara.Syukur alhamdullillah saya dapat gred 'participation' untuk matapelajaran sains.Saya juga mengucapkan tahniah kepada kawan saya yang mendapat gred 'distinction',Irdina Amira ;).Saya harap dia dapat membaca blog saya ini.
Saya sambung semula.Selesainya pemberian sijil,kami terus masuk ke kelas seperti biasa.Di sana,saya tidak dapat bermain permainan 'saidina' kerana sudah cukup orang tapi tidak mengapa kerana saya berkesempatan untuk bermain gitar kepunyaan Mia.Bertuahnya saya pada hari ini.Jam sudah menunjukkan jam 9:35 pagi.Saya masih tidak lupa akan pesanan cikgu untuk rehat awal bersama penerima-penerima Anugerah Cemerlang kerana pada jam 10 pagi,kami harus mengikuti raptai Anugerah Cemerlang.Berjam-jam kami di dewan tanpa rasa bosan dan letih kerana mujur kawan saya,Ilham Irdina membawa batu seremban.
Habis sahaja raptai,kami masuk ke dalam kelas sambil memegang surat jemputan ke Majlis Anugerah Cemerlang.Kami disuruh untuk memberinya kepada ibu bapa.Saya berasa hairan kerana terdapat ramai murid tahun 5 turun ke bawah membawa kerusi mereka di tangga.Tanpa membuang masa,saya berlari menuju ke kelas saya,5 Intelek untuk melihat apa yang berlaku.Rupa-rupanya,cikgu menyuruh kami untuk membawa kerusi kami turun ke dewan untuk Majlis Graduasi Tahun Enam.Alhamdullillah saya sempat sampai ke kelas sebelum mereka bawa turun kerusi ke dewan.
Loceng sudah berbunyi,sebelum meninggalkan kelas,saya sempat menyalam guru kelas kami begitu juga dengan rakan-rakan saya.Saya menuruni tangga dalam 5 minit dan bergegas ke pintu utama sekolah.Kelihatan ayah sedang menunggu saya.Ayah saya mengambil beg sekolah kepunyaan saya dan menjinjing ia.Nasib baik saya tidak lupa untuk membayar duit van kepada mak cik yang membawa van tersebut.
Selepas itu,ayah menghantar saya pulang ke rumah untuk menolongnya menjaga adik dan di rumahlah saya sedang menaip blog saya ini.Sekian sajalah kisah hidup saya pada 7 November 2012.Semoga dapat berjumpa di hari-hari yang berikutnya.Saya meyusun sepuluh jari untuk memnta maaf jika terdapat perkataan-perkataan yang menyinggung perasaan anda.Jika ada sebarang pertanyaan,anda boleh 'comment' di bawah.Bye! See ya next time! ;)

Tuesday, 6 November 2012
First Day ;)
Assalammualaikum kepada semua umat-umat islam yang sedang membaca blog saya ini dan tidak lupa juga kepada yang bukan islam..Selamat pagi/tengahari/petang/malam saya ucapkan.Sebenarnya,sudah lama saya membuat blog ini tapi ini kali pertama saya menulis blog ini.Tujuan saya menulis blog ini adalah kerana untuk memberitahu kepada pembaca-pembaca blog tentang kehidupan seharian saya.:).Bermula lah kisah kehidupan saya pada 6 November 2012.
Jam 5:17 pagi saya sudah bangun disebabkan tangisan adik,Farisha kerana dia demam.Masih awal lagi saya hendak ke sekolah.Jadi,saya pun mencapai telefon bimbit ibu saya lalu muat turun 'game-game'yang berada di internet.Beberapa minit kemudian,saya mencapai tuala lalu terus menjejakkan langkah ke bilik air.Setelah mandi,saya menyiapkan diri seperti bersarapan dan lain-lain lagi.Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi,ayah saya sudah lama menunggu kami sekeluarga di dalam kereta.
Sebelum ke sekolah,ayah menghantar adik kembarku ( Nur Farihah,Nur Farisha) ke taska.Hari ini ialah hari yang ke 7 adikku pergi ke sana tetapi mereka masih tidak boleh membiasakan diri di sana.Tanpa melengahkan masa lagi,kami terus berlari ke dalam kereta dan menuju ke sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Desa Pandan di Kampung Pandan.Saya bersalam-salaman dengan kedua ibu bapa saya dan berlari masuk ke kelas.
Saya tidak lupa untuk menulis kedatangan di hadapan bilik panitia guru-guru sebagai pengawas sekolah.
Selepas itu,saya meletakkan beg sekolah saya di dalam kelas dan turun ke dewan seperti hari-hari biasa.
Saya ditugaskan untuk menjaga kelas 4 Bestari di dewan.Ramai murid yang bising dan tidak mendengar arahan guru.Apabila saya menegur,barulah mulut mereka terhenti seketika.Kawan-kawan,Shifaa,Aisha,Izraat,Ikhwan,Mia dan lain-lain lagi turut bertugas di dewan.Seperti hari-hari biasa,terdapat pengumumuman yang akan disampaikan oleh guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
Sewaktu pengumumuman disampaikan,nama saya disebut sebanyak 2 kali oleh guru yang menyampaikannya.Saya dikategorikan sebagai penerima Anugerah Cemerlang pada tahun ini yang diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.Saya terkejut dan berasa sungguh gembira.Alangkah bahagianya saya kerana dapat mengembirakan ibu bapa saya :D. Selepas pengumumuan disampaikan,saya dan rakan-rakan yang turut dikategorikan sebagai penerima Anugerah Cemerlang diminta untuk tunggu di dewan.
Kami disusun mengikut urutan oleh guru-guru yang bertugas sehingga pada pukul 12 tengahari .Kami berasa terlampau bosan sehingga ada di kalangan murid yang tertidur.Kebetulan pada waktu itu,tiba-tiba guru kelas saya yang baru sahaja cuti bersalin datang untuk menyambung tugasnya sebagai guru di sekolah.Saya berasa sungguh teruja dengan kedatangan guru kelas saya.Kami melambai-lambaikan tangan kepada beliau.
Setelah habis guru-guru meyusun tempat kedudukan kami,kami pun masuk ke kelas.Suasana yang riuh-rendah sudah biasa didengari oleh saya semasa menaiki tangga ke kelas 5 Intelek di tingkat 3.Ramai murid yang membawa permainan seperti 'monopoly' dan 'UNO'.Kadang-kadang bosan juga apabila asyik bermain permainan yang sama.Ada juga yang membawa gitar.Tetapi tuan punya gitar tersebut orangnya pilih kasih.Bukan mahu mengata,tapi itulah hakikatnya.
Loceng sudah pun berbunyi,saya dan kawan-kawan saya Fatehah dan Rashiqah bercadang untuk meluangkan masa bersama dengan melayari internet di makmal komputer sekolah.Sebenarnya,idea ini dirancang oleh saya sejak pada 5 November 2012 yang lepas.Saya melihat jam tangan saya yang sudah menunjukkan pukul 1:35 petang.Masih awal lagi untuk kami pergi ke makmal komputer,jadi kami membeli sedikit makanan yang dijual di hadapan sekolah sebagai alas perut.Selepas itu,barulah kami masuk ke makmal komputer dengan rasa yang berdebar-debar.Apabila kami menjejakkan kaki ke makmal,guru yang bertugas di sana menanyakan soalan-soalan yang tidak dapat saya jawab melainkan Rashiqah.
Akhirnya lepas juga saya dari perangkap guru tersebut.Kami pun mula melayari internet dan sebagainya dan di situlah kali pertama saya menulis blog ini.Di sini sajalah dapat saya menceritakan kehidupan saya pada hari ini.Jika ada yang berasa tersinggung atau apa-apa perasaan negatif terhadap saya,saya memohan kemaafan dari anda semua.Semoga dapat berjumpa lagi.Bye Bye! ;)

Subscribe to:
Posts (Atom)